Sup macaroni Nora
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 200 gm macaroni
- 1/4 ekor ayam- di potong kecil
- Perencah sup- mengikut kegemaran, saya guna perencah mee sup adabi
- sayur-sayuran seperti lobak merah, baby corn, cellery, bunga kobis, etc
- Daun sup dan bawang goreng
Cara-cara
- Bersihkan ayam dan rebus didalam periuk- Quantity air adalah mengikut citarasa
- Bersihkan dan potong sayur mengikut citarasa
- Masukkan perencah sup dan lobak merah kedalam rebusan ayam apabila telah mendidih.
- Masukkan pula macaroni kedalam periuk.
- Apabila macaroni sudah agak lembut, masukkan sayur2 yg lain
- Apabila sayur telah lembut, boleh la dimatikan api. Tabur daun sup & bawang goreng. Tambahkan garam, jika perlu.
- Nota: sup ini memerlukan banyak air kerana macaroni akan menyerap air. Selalunya orang akan merebus macaroni berasingan, tetapi dengan cara memasukkan macaroni kedalam sup akan menambah perisa kepada macaroni tersebut.
- .................selamat mencuba..............